Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Seperti biasa setiap pagi minggu selepas Solat Subuh di Surau Darul Firdaus saya akan ke Masjid Darul Halim untuk menghadiri kuliah Subuh di sana. Kebiasaannya saya pergi bersama Kr Tn Hj Hamzah tapi kali ini saya kesorangan. Tn Hj tidak dapat bersama kerana beliau demam.

Kelmarin petang kami ke Surau An Nadwa membantu rakan-rakan untuk mendirikan bangunan tambahan di surau itu. Surau itu sudah tidak lagi berupaya menampung jamaah yang semakin ramai terutama Solat Jumaat.

Mungkin keletihan agaknya, dan balik pula dalam hujan sebab itu Tn. Hj. Hamzah kedemaman. Dalam sms kepada beliau, saya berpesan supaya beliau makan ubat. Bukan apa esok kami akan menyambut Maulidur Rasul dan beliau merupakan ketua kontijen sekolah kami..

Selesai kuliah subuh, yang disampaikan oleh Ust. Mohd Isa kami dihidangkan dengan sarapan pagi..Jamuan ringan di Masjid Darul Halim merupakan aturcara wajib setiap kali adanya kuliah.. Saya sangat kagum dan terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ajk masjid dan berbangga walaupun saya bukan ahli kariah di situ.

1 komen:

Unknown said...

Saya yang mula-mula cadangkan supaya diadakan jamuan pagi selepas subuh. Saya melihat sebuah Surau At Taqwa di Miri. Kemuadian saya cadangkan kepada ahli masjid darul Halim tersebut. Tok Siak Abdurrahman terus melaksanakan cadangan tersebut dengan jayanya. Sekarang sudah berhenti jamuan pada setiap lepas subuh kerana Pengerusi Masjid yang lepas iaitu Haji Badar tidak setuju dengan tindakan tersebut. Beliau tidak setuju kita minum di Masjid lepas subuh menggunakan elektrik dan kelengkapan masjid. Pada masa sekarang hanya diadakan pada setiap pagi ahad.

Post a Comment