Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Pada hujung minggu, teman sekeluarga melepas penat-lelah di Dataran Bandar Sibu fasa 2.. Sempat juga meninjau-ninjau kawasan sekeliling. Di situ dibina sebuah Monumen Perkuburan Islam Kg Pulau sebagai memperingati kawasan perkuburan lama dan penempatan terawal masyarakat Melayu Sibu.





Sebahagian catatan yang terdapat pada plak yang terdapat pada monumen itu


Orang Melayu Sibu
Orang Melayu Sibu berasal daripada banyak kaum seperti Melanau, Arab, Iban, Kayan, India dan Cina menerusi perkahwinan dan pengambilan anak angkat.
Sejak abad ke 13, Kesultanan Melayu Brunei telah menguasai keseluruhan pantai di utara Borneo termasuk Lembah Sungai Rejang dan penguasaannya tersebar ke Belaga .......

Timbul di pikiran teman apakah catatan ini tepat dengan fakta-fakta sejarah setelah dibuat pengkajian teliti oleh ahli-ahli sejarah tempatan. Mengikut catatan sejarah tentang kewujudan masyarakat Melayu di Borneo amat berbeza sekali..

Sejarah memainkan peranan yang amat besar dalam pembentukan ketamadunan dan jati diri sesuatu bangsa..Barangkali..

12 komen:

ayim hardy said...

KALAU BAB ORANG MELAYU SIBU JUGA BERASAL DARI BANGSA MELANAU ITU AKU X SETUJU.SBB AKU ANAK MELAYU JATI SIBU WALAUPUN AYAHKU BERBANGSA CINA. DAN AKU MASIH INGAT AKAN ARWAH NENEKANDA KU PERNAH BERKATA BAHAWA PENDUDUK ASAL SIBU ADALAH ORANG MELAYU BKN ORANG CINA MAHUPUN ORANG MELANAU.DULU ORANG MELAYU TIDAK KENAL AKAN KEWUJUDAN ORANG MELANAU SEHINGGALAH BERLAKU PROSES ASIMILASI BUDAYA ORANG MELANAU YG MUDAH MENERIMA BUDAYA KITA ORANG MELAYU.PEJUANG KEMERDEKAAN ROSLI DHOBY JUGA ADALAH ORANG MELAYU JATI SIBU. BELIAU BKN ORANG MELANAU SEPERTI APA YG TERCATIT DLM WIKIPEDIA KERANA BANGSA MELANAU TIDAK PERNAH WUJUD DI SIBU PADA MASA ITU KECUALI BANGSA MELANAU LIKUR(TIDAK BERAGAMA) SEDANGKAN ROSLI DHOBY ADALAH SEORANG ISLAM.KALAU X,MASAKAN DULU SARAWAK DIGELAR SARAWAK DARUL HANA.. THINK ABOUT IT.

ayim hardy said...

WALAUPUN KAUM MELAYU DI SIBU KINI HANYALAH GOLONGAN MINORITI SAHAJA,TAPI SIBU TETAP BUMI MELAYU.SULTAN ISKANDAR MAHKOTA ALAM@TUN SAABAN@NARAI DI AYUTHIA@HANG TUAH PERNAH BERKATA;
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA.

Unknown said...

Assalamualaikum, bagi saya saya kurang bersetuju dengan saudara ayim hardy di atas. Di sebabkan pemahaman konsep melayu beliau agak cetek dan tiada justifikasi yang berlandaskan "akademik" yang kukuh yang di utarakan oleh beliau, minta saudara rujuk buku sejarah sarawak, sarawak museum journal, atau pun buku yang di terbitkan oleh Henry Ling Roth bertajuk "The Natives of Sarawak and British North Borneo", ataupun buku2 lain yang mempunyai bukti asas yang kukuh. Ini penting kerana Islam juga mengajar kita untuk merujuk sesuatu ilmu atau pendapat berdasarkan dalil dan nas yang sohih dari al-quran dan as-sunnah. wallahualam.

Unknown said...

mun mok dicarik asal usul melayu sibu tuk agak susah kerana asal usul melayu sarawak sendirik pun susah mok carik..... coz pengaruh budaya melayu sarawak tuk banyak gilak menerimak unsur2 luar sama seperti kaum lain.... contoh nya pengunaan bangsa abang... dayang... awang...datang nya dari Brunei...kita sik dapat mok madah sik juak melayu sarawak tuk berasal dari kaum lain... coz pada zaman dolok ada suku kaum yang dipanggil dayak laut.... sik lamak lepas ya suku kaum ya berpecah menjadi banyak suku kaum dayak antara nya iban dan ada juak dipanggil dayak melayu seperti di kalimantan....mungkin melayu sarawak juak asal dari suku kaum ya.... coz ya lah dalam bahasa iban laut bermaksud melayu..... benda ya ada kemungkinan..... memang melayu sibu udah wujud lamak... sebab marek kawasan pasar sibu ya adalah kawasan kampung orang melayu..... tapi area dataran sibu no 2 ya adalah tapak sebuah rumah melanau sibu marek jangan lupak .... sedikit maklumat dan ilmu yang kmk dapat kongsi tentang sejarah sibu... permainan hadrah yang wujud di sibu kenek tuk di ajar oleh seorang guru yang berasal dari terengganu yang nikah dgn orang kuching yang bernama guru zakaria @ guru Kria.... yng ngajar d sekolah melayu sibu waktu ya... ( sk abang ali sibu).... guru kria ngajar main hadrah tuk supaya miak waktu ya x terpengaruh dgn benda2 nak sik berfaedah selain ya..... wujud juak japen sibu.... yang diajar oleh seorang guru yang berasal dari sumatera.... nama nya kmk lupak....lepas ya budaya ya diteruskan oleh anak murid sidak nya.... sehingga wujud nya kumpulan melati hadrah di sibu.... tempat sidak miak tuk belatih berzapin.... berhadrah.... di sebuah rumah dikampung hilir.... agik wujud rumah ya...... kitak orang boleh carik....... tuk sekadar sedikit ilmu yang kmk ada untuk d kongsi

Anonymous said...

Rasis semua ni

Anonymous said...

Saya setuju dengan saudara deans man.kita sebenar kena rujuk semua sejarah.kerana ianya telah dibukukan dan kerana ia merupakan merupa sejarah silam. jangan bersikap rasis.jangan pandai cakap tapi tidak berpandukan fakta sebenar.klau dengar ceri dari org lain selidik dulu jangan mudah terima..tq deans man I skong u

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum. Saudara admin cuma madaha apa yg ditulis pada plak monumen ya. Saya pun sebenarnya berketurunan Melayu-Arab-Bugis dr belah datuk seblh mak saya. Jangan dilupak juak org melayu sibu ada yg berketurunan Bugis mcm keluarga saya. Keluarga belah atuk saya sendirik asal dari Kpg Hilir, Sibu. Tapi keluarga saya mempunyai satu ciri fizikal yg berbeza daripada org melayu sibu lainnya. Iaitu mata bewarna biru dan rambut berwarna coklat dan berbadan tinggi n tegap berbanding org melayu secara umumnya. Even atuk saya walaupun dlm IC ny Melayu tp ny bermata biru, moyang saya pn bermata biru ,pakcik saya pn sama .Malah mak saya pn aslinya berambut coklat keemasan ,dan saya pn mempunyai warna rambut yg seakan² auburn(coklat kemerahan). Dari sudut genetik kita x boleh nk nafikan sbb Melayu Sarawak tok sendirik ada banyak asimilasi dan percampuran genetik dengan imigran since seblum zaman Brooke agik. Even saya pn, walaupun jiwa saya berjatikan Melayu.. Tapi fizikal saya 100% bukan Melayu .Ciri-ciri fizikal saya 80% Arab dan 20% cina since saya pun ada berdarah Cina. Melayu ya bagi saya adalah pemupukan jati diri kita dr kecik, tanpa mengira GENETIK .

Post a Comment