Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kampung halaman.

Sejarah dan asal usul

Kampung Lempor mendapat namanya daripada kisah Sang Kelembai yang sedang menangkap ikan di sungai Batu Sawar. Kemudian Sang Kelembai telah menerima khabar bahawa anaknya yang berada di Kedah telah mati akibat ditimpa pokok bayam. Lantaran mendengar berita itu, Sang Kelembai terus pulang dan membawa bubunya bersama.

Ketika tiba di sebuah kawasan, Sang Kelembai telah berhenti sekejap kerana perlu berfikir cara meninggalkan bubunya kerana mahu cepat tiba di Kedah. Lalu dilempar bubu itu sekuat hati dan bubu itu tersangkut pada sebuah puncak gunung yang kemudiannya dikenali sebagai Gunung Bubu. Manakala tempat Sang Kelembai berhenti untuk membaling bubu pula dikenali sebagai Kampung Lempor.

Sejarah pembukaan Kampung Lempor bermula pada tahun 1914. Pembukaan kampung ini dilakukan oleh Tuan Baiker, seorang ahli perniagaan berbangsa Inggeris yang telah melantik Ketua Kampung pertama Kampung Lempor iaitu Kulop Norman yang lebih dikenali di kalangan masyarakat kampung sebagai Pak Kulub Ibrahim.

Lokasi

Kampung Lempor merupakan sebuah perkampungan yang terletak dalam Mukim Senggang, Daerah Kuala Kangsar. Ia terletak kira-kira 7km dari Pekan Manong dan 23 km dari Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Kampung Lempor terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
1. Kampung Lempor Hulu
I. Batu 40
II. Lempor Pekan
III. Pacat

2. Kampung Lempor Hilir
I. Seberang Bendang
II. Tanah Hitam

Sektor Ekonomi
Bagi mencari sumber pendapatan, penduduk Kampung Lempor menjalankan pelbagai jenis pekerjaan antaranya penoreh getah, petani dan penternak ayam, kambing serta lembu. Terdapat juga sebilangan penduduk yang bekerja sebagai kakitangan dan swasta di pekan Manong atau Kuala Kangsar.

Selain itu terdapat juga penduduk yang menyara keluarga mereka dengan membuka perniagaan kecil seperti kedai runcit, kedai makan dan gerai buah-buahan di pinggir jalan kampung dan di hadapan rumah mereka.

Di Kampung Lempor terdapat juga pekan yang mempunyai beberapa deretan kedai. Di sini pelbagai jenis perniagaan dijalankan seperti mini market, kedai kopi, wakil pos dll.

Kemudahan Asas

Kemudahan asas yang diterima oleh penduduk Kampung Lempor tidak ketinggalan dari tempat-tempat lain di Perak. Penduduk kampung dibekalkan dengan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik .

Terdapat sebuah masjid yang menjadi pusat kegiatan keagamaan iaitu Masjid Al-Maarif yang terletak di Kampung Lempor Hulu. Masjid ini telah dibaik pulih dan kerja-kerja penambah baikan telah dilakukan. Kini ia menjadi pusat aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, kelas berzanji, kelas mengaji dan sebagainya. Masjid di sini juga berfungsi sebagai tempat ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengadakan majlis-majlis keagamaan.

Tanah Perkuburan Al-Maarif yang ditadbir urus dengan baik dan pernah memenangi anugerah peringkat negeri sempena Maulidul Rasul 2008.

Dalam bidang pendidikan, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu SK Lempor. selain itu terdapat perpustakaan desa, dewan orang ramai, padang bola, gelanggang badminton dan takraw.

Jalan raya utama dari Kuala Kangsar ke Simpang Tiga membolehkan mobiliti penduduk kampung dengan dunia luar. Dengan adanya kemudahan-kemudahan pengangkutan darat membolehkan penduduk menjual hasil pertanian mereka. Terdapat kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi ke Pekan Manong dan Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Kepimpinan

Kampung Lempor ditadbir oleh seorang penghulu yang berpejabat di Kg. Lempor Hulu. Dibantu oleh ketua kampung-ketua kampung yang mewakili Kg Lempor Hilir dan Kg.Lempor Hulu.

Kampung Lempor terletak dalam kawasan ADUN Manong dan Parlimen Kuala Kangsar. Adun Manong Dato' Hj Ramly b. Zahari merupakan anak jati Kg. Lempor.

Harapan dan Impian

Dengan segala kemudahan dan daya kepimpinan yang berwawasan diharapkan Kg Lempor akan menjadi kampung terbaik dan memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan.




3 komen:

Unknown said...

Sangat tertarik dgn tempat ni. Nak cari tanah di Kg Lempor atau di Manong, nak buat rumah.

Unknown said...

Pada mulanya, saya terkejut kerana pengetahuan penulis yang amat mendalam terhadap Kg.Lempor. Apabila membaca nama tuan punya blog ini, rupa-rupanya ianya milik saudara saya ;)

Harap Abg Ibrahim sihat walafiat di bumi kenyalang bersama keluarga tercinta.

Sekian.
Hisham Abdullah

Unknown said...

Keme kpg di batu 40 1/2 cucu Raja Ariffin (ungku ayah) lempor bnyk kenangan time kecik2 dulu.. Time raya usah nk cakap best,mndi kt sungai ulu kenas n sg itam lempor

Post a Comment