Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Pagi ini aku bersama Kr Tn Hj Hamzah ke Masjid Darul Halim mengikuti kuliah subuh. Kami bersarapan pagi bersama-sama dgn jamaah di situ selepas kuliah. Kuliah pagi ini menyentuh bab nafkah.

Semasa jamuan sempat juga bersembang-sembang tentang isu semasa. Salah satunya ialah tentang kedaifan hidup Sdr Nik Mohd Kamal Hussein yang hidup dalam kemiskinan di Pengkalan Chepa, Kelantan yang dipaparkan dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin.

Apa yang membuat kami sedih, bagaimana dalam sebuah negara yang mewah dan makmur seperti Malaysia ini ada rakyatnya yang masih hidup dalam kemiskinan.
Dan lagi yang membuat kami terharu dan insaf, keluarga miskin itu mampu melahirkan seorang anak yang cukup berjasa kepada keluarga. Adik Nik Nur Madihah berjaya dalam pelajarannya dengan memperolehi keputusan cemerlang 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Kejayaan pelajar SM Agama Maahad Muhammadiah itu seharusnya menjadi contoh terbaik pelajar-pelajar Islam yang lain.

Sesungguhnya kemiskinan itu bukanlah penghalang bagi kita untuk berjaya. Tahniah kepada adik Nur Madihah.

0 komen:

Post a Comment