Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Setiap Jumaat malam diadakan kuliah tafsir alquran di surau. Kuliah di sampaikan oleh Ust Wan Ahmad Faisal, lepasan dari sebuah universiti ternama di Jordan.
Apa yang sedihnya bilangan jemaah yang hadir tidakpun sampai 10 jari, maka betullah kata seorang ustaz yang begitu gigih menyampaikan risalah ilmu di surau-surau sekitar Sibu.

Kekadang tertanya di kotak fikiran, apa yang menyebabkan majlis-majlis ilmu yang diadakan kurang mendapat sambutan. Mungkin masa menuntut ilmu itu sudah berlalu dan jika adapun cuma mengisi masa lapang.
Ya tak ya juga, kenapa perlu digusarkan tentang majlis ilmu walhal solat berjamaahpun menyedihkan. Mana tidaknya surau yang boleh dilihat dari berenda kelihatan seperti berkilometer jauhnya..

Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk memakmurkan rumah-rumah Allah..InsyaAllah

0 komen:

Post a Comment