Menjadi kebiasaan dikebanyakan surau-surau dan masjid di Sibu mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil pada setiap malam jumaat. Di surau tempat teman juga, majlis yang serupa diadakan. Biasanya pada malam ini jemaah yang hadir lebih dari hari-hari biasa. Sekurang-kurangnya dapat juga kita berkumpul bersama-sama pada satu malam dalam seminggu.
Bagi teman, tahlil yang kita adakan sama ada di rumah.rumahke, surau-surauke bahkan di majlis-majlis khusus adalah berisi bacaan Laa Ilaaha Illa Allah,Subhaana Allah wa bi Hamdihi, Astaghfirullah al Adzim, sholawat, ayat-ayat al Quran, fatihah, dan sebagainya.
Apa yang teman musykilkan ada di kalangan kita yang tertanya-tanya tentang apa hukumnya? Ya, memang ada ustaz-ustaz yang menjelaskan tentang hukum majlis ini, tapi bagi teman biarle kita ambil pendekatan ibadah aje selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum agama. Wallahualam.
Program 5S bersama JAIS
10 years ago
0 komen:
Post a Comment