Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Tiba-tiba telefon berdering, waktu itu saya sedang bersiap untuk ke masjid.Lihat di skrin hp ada missed call dpd Tn Hj Hamzah. Semasa keluar rumah, kedengaran laungan azan dari surau. "Pergi masjid atau surau?" saya ambil keputusan solat maghrib di surau dahulu sebelum ke masjid An Nur.

Sesampai di masjid, suasananya cukup meriah.Keadaan di dalam masjid pula dipenuhi oleh para jamaah yang terdiri daripada pelbagai golongan ahli masyarakat dan peringkat umur. Apa yang pasti semuanya ingin mendengar tentang sejarah hidup dan perjuangan Nabi Muhammad saw, Rasullah yang menjadi kekasih kita setiap umat Islam. Alangkah baiknya jika dikuliahkan Sirah Rasullah supaya kecintaan kita kepada Nabi Muhammad saw dan Allah swt lebih terkesan..

Ceramah sempena Maulidul Rasul itu diadakan selepas solat Maghrib. Ceramah itu disampaikan oleh Ust. Zainal pegawai agama yang pernah bertugas di Sibu beberapa tahun yang lalu.Seorang ustaz yang begitu komited berusaha memartabatkan Islam di bumi Sibu. Selepas solat Isyak diadakan majlis zikir maulud dan diakhir majlis itu dengan jamuan malam..

0 komen:

Post a Comment