Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)
12:27 pm

SMKRD di hatiku

Sekolah teman diambil sempena nama seorang pejuang kemerdekaan Sarawak, anak watan bumi Sibu. Ada mengatakan beliau berbangsa Melayu dan tidak kurang pula yang mengatakan beliau berdarah Melanau. Apa yang pentingnya beliau seorang bumiputra Islam.

Bagi teman, sejarah perjuangan beliau cukup hebat. Untuk itu pelajar bumiputra Islam SMKRD hendaklah merealisasikan perjuangan beliau pula dengan pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan awam yang diadakan setiap tahun. Di mana nama sekolah kita akan dijulang namanya atas pencapaian cemerlang pelajar-pelajarnya. Apatah lagi bagi sekolah kita yang menyanjung satu nama besar seperti Rosli Dhoby.

Keputusan SPM yang diumumkan baru-baru ini sedikit mengecewakan teman. Di antara 30 pelajar terbaik SPM di SMKRD, pelajar bumiputra Islam terbaik menduduki tangga ke 21 iaitu adik Muhd Adi yang mendapat 8A. Sepanjang tempoh teman bertugas di SMKRD, SPM tahun 2007 boleh teman kirakan terbaik bagi pencapaian bumiputra Islam. Yang mana 3 orang pelajar bumiputra Islamnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ramai juga di kalangan mereka yang memasuki IPTA dan matrikulasi.

Diharapkan SPM dan STPM tahun ini akan lebih berjaya lagi dan besarlah harapan teman SMKRD terus maju dan gah namanya sehebat Rosli Dhoby. InsyaAllah

0 komen:

Post a Comment