Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Pada 6 hingga 8 Mei, teman kena hadir mesyuarat kat Merdeka Palace, Kuching.. Nak jadi cerita, teman check in agak lewat sikit..aleh-aleh nama teman takde dalam list..Jadi teman pikir ni tentu kena duduk luar, teman pun cek dulu dengan urusetia dan mereka kata kena duduk dalam sebab mesyuarat ini diadakan secara package. Oklah teman terima. Teman pun diberi tempat bersama peserta-peserta lain dalam sebuah apartment.. Yang bestnya teman diberi satu katil yang ditempatkan diruang tamu.

Bilik peserta

Katil fasilitator

Jadi teman pun, sepanjang mesyuarat itu bermalam kat luar ajelah..

Sabtu keesokan harinya teman berangkat balik ke Sibu..Sebelum balik pergi ke Serikin melalui pekan Bau..
Apa yang menarik tentang pekan Bau ni terdapatnya bulatan kecil di mana terbinanya tokong cina..

Bulatan tokong cina di mana kenderaan perlu pusing keliling untuk pergi ke destinasi yang dituju..

Selepas segala urusan teman pun menuju pulang ke Sibu. Perjalanan pulang mengambil masa kurang lebih 7jam dengan jarak kira-kira 500km.

0 komen:

Post a Comment