Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Artikel dari Mstar

PILIHAN RAYA KECIL DUN PERMATANG PASIR
Isnin Ogos 24, 2009
Muhyiddin, Anwar sembahyang terawih bersama

BUKIT MERTAJAM: Dalam agenda kempen yang sibuk menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa untuk bersolat tarawih bersamasama penduduk di Masjid Jamek Bukit Indera Muda, di sini malam tadi.

Muhyiddin yang tiba di masjid itu kirakira pukul 8.40 malam ditemani beberapa pemimpin Umno, antaranya Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Kira-kira 15 minit kemudian, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di masjid yang sama untuk menunaikan solat tarawih ketika jemaah sudahpun memulakan sembahyang sunat itu.

Muhyiddin dan pemimpin Umno yang lain berada di saf hadapan manakala Anwar bersembahyang di belakang Muhyiddin iaitu selang beberapa orang ke sebelah kini Timbalan Presiden Umno itu.

Bagaimanapun, Anwar keluar daripada saf itu lebih awal dan meninggalkan masjid berkenaan kirakira pukul 10.05 malam ketika Muhyiddin dan jemaah yang lain belum selesai bersembahyang.

Walaupun berada di ruang sembahyang yang sama, kedua-dua pemimpin itu tidak sempat bertegur sapa.

Turut sama bersembahyang di masjid itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim.

Muhyiddin mempunyai aturcara yang padat hari ini bermula dengan majlis penyampaian bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Paya diikuti majlis bacaan Yasin dan tahlil serta berbuka puasa di Masjid Permatang Janggus sebelum menunaikan solat tarawih di Bukit Indera Muda.

Esok tinggal sehari lagi untuk keduadua parti, BN dan PAS berkempen sebelum hari mengundi Selasa ini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh Rohaizat Othman, 38, menentang Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. BERNAMA

0 komen:

Post a Comment