Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Artikel dari Bernama

KUCHING, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyarankan agar masjid dan surau di Sarawak memperkenal program "Dua Jam Seminggu" sebagai langkah mendekati masjid dengan pelbagai golongan masyarakat di bandar, luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata dalam tempoh itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama dalam memastikan masjid dan surau tidak digunakan semata-mata sebagai tempat bersembahyang dan ceramah agama.

"Dua jam seminggu tidak lama, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah bergotong-royong membersihkan persekitaran atau mengadakan kelas komputer untuk kanak-kanak. Banyak lagi yang boleh dirancang," katanya semasa merasmikan Muktamar Masjid-masjid Negeri Sarawak, di sini Rabu.

Bagi meningkatkan lagi peranan masjid dan surau di Sarawak, Taib mencadangkan agar kajian semula dilakukan supaya peranan masjid dan surau di Sarawak relevan dengan aspirasi masyarakat setempat dan perkembangan semasa.

"Masjid dan surau boleh menjadi pusat ilmu tetapi penyertaaan mesti lebih menyeluruh dengan melibatkan pemimpin peringkat akar umbi," katanya sambil menambah tanpa penyertaan pemimpin peringkat akar umbi, segala misi yang ingin dicapai oleh pengurusan atasan masjid sukar untuk dilaksanakan.

Beliau berkata, peranan masjid dan surau di Sarawak boleh dimantapkan dengan merapatkan jaringan rangkaian antara masjid dan surau yang berdekatan supaya aktiviti yang dilaksanakan dapat dilakukan secara teratur dan mencapai sasaran.

"Kalau boleh golongan tua yang sentiasa menjadi pengunjung tetap ke masjid dan surau mencari masa terluang untuk sering kali mengadakan sesi percambahan idea bagi memastikan aktiviti dirancang adalah relevan," katanya.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Putit Matzen pula menegur kelemahan sesetengah pengurusan masjid di Sarawak yang perlu diperbaiki dengan segera terutama sekali dari aspek pendokumentasian urusan kewangan dan harta benda.

"Audit dalaman MIS masih melaporkan banyak perkara yang mustahak perlu diperbaiki termasuk perkara-perkara rutin seperti amaun dan tarikh pelbagai transaksi kewangan, tandantangan dan saksi serta sistem penyimpanan harta benda masjid," katanya sambil menambah kelemahan juga dikesan dalam pengurusan aktiviti kutipan derma, rekod wang, rekod individu, bayaran bil eletrik dan air.

Muktamar tiga hari tersebut yang bermula semalam akan berakhir esok.

-- BERNAMA

0 komen:

Post a Comment