Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Malam ini teman mengikuti kuliah agama di Surau Darul Firdaus..Kuliah disampaikan oleh USTAZ ROSLI DHOBY. Beliau menyampaikan kuliah dengan bahasa yang berselang selikan loghat Terengganu..

Tiba-tiba seorang dari kami bertanya maksud kata yang beliau tuturkan..lalu beliau menjelaskan maksud kata tersebut..Kata tersebut merupakan kata tutur dalam loghat Terengganu..Walaupun telah lama berada di bumi Sibu, loghat Terengganunya masih pure..

Lalu teringatlah teman akan seorang blogger yang gigih memperjuangkan loghat Perak dalam blognya NGONYEN & NYONGEN..Bahasa teman jugalah tu.. Betapa kini, katanya 'oghang peghak' telah mula melupakan bahasa sendiri malah ada yang berasa malu pula menuturkannya..

Nak jadi cerita,
Situasi 1.. Keluarga teman ramai yang telah berhijrah ke Lembah Kelang. Apabila mengadakan majlis-majlis kenduri biasanya dibuat di sana sahaja.. Ramailah saudara mara yang telah bermaustatin di sana datang. Kami berkomunikasi dalam loghat Perak dan terasa semacam berada di bumi Perak pula ketika itu..

Situasi 2..Satu ketika pernah terkesan pada teman bila pulang ke kampung..Masa itu teman singgah di Parit kerana membeli buah durian..Bila teman bercakap dalam loghat Perak dibalas oleh peniaga itu pula dalam BM.. Sudah tak ada lagi "ayor dan kupang"nya.. Terasa hairan dalam hati kerana orang kampung teman dah tidak menuturkan loghat sendiri..

Harapan teman agar loghat Perak tidak pupus ditelan zaman..

0 komen:

Post a Comment