Buat anak-anak ayah yang sedang belajar..Kat sini ayah turunkan sedikit panduan yang ayah dapat dari Buku Panduan Belajar SMKRD
Kemahiran Belajar
Tabiat belajar yang baik ialah berasaskan kpd tiga perkara:
1. S : Simpulkan : Buatkan satu kesimpulan atau rumusan
2. R : Rekodkan : Merekod atau mencatat
3. I : Ingati : Mengingati semula maklumat.
Adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar seperti kamu mengetahui dan mempunyai beberapa kemahiran asas yang boleh memudahkan lagi proses pembelajaran serta untuk mendapat pulangan yang tinggi dari kehadiran dalam kelas, perbincangan, projek dan sebagainya.
Untuk membantu kamu menjadi seorang pelajar yang lebih baik, sekumpulan peraturan yang dipanggil "STUDY" yang merupakan anak kunci kejayaan akademik harus kamu ikuti.
S Survey the subject, scrutinize the problems, scan for answers, strengthen your study skills, search for excellence.
1. Meninjau mata pelajaran yang kamu akan kaji
2. Kaji masalah sambil cari jawapan untuk masalah itu.
3. Kuasai kemahiran belajar anda. Misalnya pengurusan masa, mencatat nota, membaca, mendengar, penulisan dll.
T Target for achievement, short and long term goals according to a timeable.
1. Tetapkan sasaran untuk pencapaian akademik, sama ada untuk sasaran jangka pendek atau panjang.
2. Laksanakanlah menurut suatu jadual waktu yang fleksibel.
3. Jika kamu gagal merancang, kamu merancang untuk gagal.
4. Motivasikan buah fikiran kamu kpd tindakan menerusi "mental-autosuggestion".
U Use your 5 sence for study, update your study techniques, understand that industry is a prerequisite for academic success.
1. Belajar menerusi pancaindera, penglihatan 83%, pendengaran 11%, penghiduan 3.5%, penyentuhan 1.5% dan perasaan 1%.
2. Menggunakan AVA(audio visual aids) untuk membantu kamu.
3. Kemaskinikan kemahiran belajar kamu melalui kaedah "high tech" yang lain.
4. Kamu juga mesti gunakan "high touch" dan faham bahawa kerajinan adalah prasyarat untuk kejayaan akademik.
D Doing things right(efficient), Doing right things(effective), discuss academic problems and be determined to succeed.
1. 90% usaha belajar kamu boleh dicapai jika kamu membuat dan berbincang
2. 80% dicapai menerusi berbincang sahaja
3. 50% dicapai menerusi melihat & mendengar
4. 40% menerusi melihat sahaja.
5. 30% menerusi mendengar sahaja.
6. 20% menerusi membaca sahaja.
7. Untuk mencapai kejayaan kita mesti "doing things right" (cekap) dan "doing right things" (berkesan).
Y You must yield results through listening, reading, notetaking, essaying, writing, discussing, etc.
1. Taksirkan pencapaian kamu melalui ujian/peperiksaan.
2. Uji & periksa diri kamu sendiri melalui pihak berkuasa akademik
3. Jika kamu bertekad untuk berjaya & tidak mengaku kalah apabila berdepan dengan kesukaran.
4. Kamu adalah faktor paling penting menentukan kamu berjaya atau tidak
Kalau tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya
Program 5S bersama JAIS
10 years ago
0 komen:
Post a Comment