Alarm telefon berdering, masih terasa berat benar untuk bangun. Mata masih ngantuk, seolah-olah mengajak teman sambung tidor lagi. Ah, kalu nak ikutkan hati memang syok tidor lagi.
Teman, pagi ini dah janji dengan Kr Tn Hj Hamzah nak pegi Masjid Darul Halim. Ada kuliah subuh di sana. Setelah bersiap ala kadar temanpun keluar meninggalkan Hotel Premier menuju ke Surau Darul Firdaus. Surau tempat biasa teman berjamaah sebelum ke Darul Halim.(bukan niat nak tunjuk taat tapi semacam dah rutin org-org tua, rajin ke surau).. Betullah bak kata seorang ust tu dan ini dapat dilihat dikebanyakkan masjid dan surau..
Hari masih gelap, jam pun belum tunjuk masuk waktu subuh..tapi bandar Sibu dah didatangi manusia. Peniaga2 kecik dah buka tempat jualan menumpang di kaki2 lima kedai berdekatan balai bomba jalan Blacksmith. Kelihatan agak sibuk di situ dan teman amati rata-rata peniaga dan pelanggannya terdiri kaum Cina.
Dalam perjalanan ke Surau Darul Firdaus teman terjumpa beberapa kumpulan2 manusia yang berjalan kaki, beriadah di awal pagi. Cara mereka berpakaian tu , teman rasa mereka tu terdiri daripada warga tua kaum Cina. Di mana agaknya org-org kita mungkin masih tengah syok melengkor agaknya.
Sesampai di surau telah ada beberapa orang ahli jamaah tetap tapi pagi ini agak kurang kerana ada di antaranya yang 'out station'. Selesai solat subuh teman dan Kr Tn Hj Hamzah beredar ke Masjid Darul Halim untuk mengikuti kuliah subuh. Kuliah subuh disampaikan oleh Ustaz Mohd Isa. Apa yang menarik di masjid ni, ada sarapan pagi selepas kuliah subuh..Jamuan itu diselenggarakan oleh marbud (tok siak) Tn Hj Man.
Kalaulah surau di kariah teman boleh diadakan aktiviti seperti ini alangkah baiknya. Mudah-mudahan suatu hari nanti surau di kariah teman akan meriah bila diadakan majlis-majlis ilmu. InsyaAllah.
Program 5S bersama JAIS
10 years ago
0 komen:
Post a Comment