Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Pada hari ini, 23 Mac 1950 iaitu 59 tahun yang dahulu, gugurnya 2 org lagi pahlawan Sarawak iaitu Awang Rambli dan Bujang Suntung di tali gantung manakala Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek pada 2 Mac 1950. Mereka dijatuhkan hukuman mati terlibat dalam pembunuhan Gabenur Sarawak Duncan Stewart. Pembunuhan itu dilakukan kerana menentang penjajahan British ke atas Sarawak..

Kini keempat-empat pejuang itu disemadikan di Sibu iaitu di perkarangan Masjid An Nur. Sebuah monumen didirikan bagi memperingati sejarah perjuangan Rosli Dhoby,Morshidi Sidek, Bujang Suntung dan Awang Rambli Amit..

Lokasi : Monumen Makam Pahlawan,
(Perkarangan Masjid An Nur)
Jalan Awang Rambli Amit
Sibu Sarawak


Sesungguhnya pergorbanan mereka sangat besar ertinya kepada negara khususnya bumi Sibu. Alfatihah buat pejuang-pejuang ini. Pengorbanan yang dilakukan oleh keempat-empat wira negeri Sarawak itu seharusnya menjadi pemangkin kepada anak-anak muda kita pula untuk mempertahankan tanah air dari segala bentuk penjajahan baru..Ini kerana penjajahan itu datang dalam pelbagai bentuk dan dimensi.

Memang, untuk berjuang itu bukannya mudah. Lihat saja Rosli Dhoby dalam usianya yg begitu muda telah sanggup memikul satu tanggung jawab yang maha besar..Apakah semangat Rosli Dhoby ini ada pada anak-anak muda kita sekarang terutamanya anak watan Sibu.

Menceritakan sedikit pengalaman teman apabila mula-mula menjejakkan kaki di sini, Sibu merupakan sebuah pekan kecil. Hari ini Sibu merupakan antara pusat perdagangan yang utama di Sarawak. Kemajuannya cukup pesat. Bagi kaum bumiputra pula Alhamdulillah, sekarang ini telah banyak kemajuan yang dicapai. Kini telah ada orang-orang bumiputra terutamanya bumiputra Islam yang menceburi bidang perniagaan.

Semua ini hasil dari pejuangan orang-orang terdahulu.Kita sebagai generasi baru hendaklah membina satu kekuatan dalam diri kita agar dapat membentuk satu komuniti bangsa yang mempunyai jati diri yang tinggi.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh pejuang-pejuang kita. Amin

0 komen:

Post a Comment