Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Bertempat di Surau Darul Firdaus malam ini tadi telah diadakan majlis tahlil bagi memperingati kembalinya ke rahmatullah keempat-empat pejuang kemerdekaan Sarawak pada bulan Mac 1950..Mereka yang teman maksudkan ialah Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Bujang Suntung dan Awang Rambli Amit.

Majlis ini diadakan selepas solat Maghrib.. Ia dimulakan dengan bacaan surah Yasiin, tahlil arwah dan solat Isyak. Majlis ini diketuai oleh Ustaz Faizal dari SK Abang Ali, Sibu. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.

Semasa jamuan teman sempat berbual-bual dengan teman-teman jamaah surau. Perbualan itu ada juga yang berkisarkan tentang perjuangan Rosli Dhoby dan rakan-rakannya. Apa yang teman dan kekawan kesalkan ada dikalangan orang tempatan sendiri yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang ini.

Walau bagaimanapun teman rasa amat bersyukur kerana perjuangan orang terdahululah kita dapat menikmati kemerdekaan ini..Al Fatihah buat semua pejuang-pejuang negara..

0 komen:

Post a Comment