Menurut ceritanya, penempatan orang Melayu Sibu terletak di sepanjang beberapa batang anak sungai yang berdekatan dengan bandar Sibu.
Salah satu penempatan awal org Melayu ialah di Kampung Pulau dan Kampung Nyabor. Kedua-dua kampung ini kini telah dijadikan kawasan komersil dan rekreasi.
Monumen Perkuburan Islam Terawal Sibu
Lokasi: Dataran Bandar Sibu.Beberapa kawasan penempatan lama orang Melayu yang masih wujud di sekitar bandar Sibu ialah Kampung Datuk, Kampung Hilir, Kampung Baru, Kampung Sg. Pa' Dris, Kampung Nangka, dan Kampung Bandung.
Atas nama pembangunan kini Kampung Datuk pula akan tinggal nama juga kerana kawasan itu akan dijadikan kawasan komersil. Penduduk di kampung itu kini dipindahkan ke kawasan baru berdekatan dengan Kampung Bandung. Difahamkan sebahagiannya akan dipindahkan ke Kemuyang kira-kira 20km dari bandar Sibu.

Teman berharap suatu hari nanti kaum bumiputra Sibu terutamanya orang Melayu akan dapat menguasai perbagai bidang perniagaan. Ini kerana banyak lagi bidang yang menjadi lombong emas di Sibu yang masih belum diteroka oleh kaum bumiputra. Sebagai contoh satu bidang yang nampak kecil seperti gunting rambutpun, kita terpaksa bergantung kepada orang lain.
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. InsyaAllah..
0 komen:
Post a Comment