Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Seperti di mana-manapun, orang Islam akan menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid mahupun di surau-surau. Solat Jumaat telah menjadi solat berjamaah utama bagi kebanyakan kita. Mana tidaknya masjid-masjid akan penuh dengan para jamaah bila tibanya solat Jumaat dan kita dapat lihat pada waktu solat-solat yang lain masjid dan surau kelihatan lengang.

Pemandangan dalam surau An Nadwah ketika solat Jumaat

Tidak terkecuali, Surau An Nadwah juga menerima kedatangan jamaah yang amat menggalakkan. Keadaan ini menjadi surau ini penuh sesak dengan para jamaah yang terdiri daripada warga Islam SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik. Alhamdulillah kesedaran di kalangan pelajar-pelajar kedua-dua buah sekolah ini semakin tinggi. Mereka sanggup menunggu sehingga selesai solat Jumaat, barulah pulang ke rumah masing-masing.

Tahniah teman ucapkan kepada guru-guru agama dan guru-guru Islam di kedua-dua sekolah ini yang begitu komited dalam kerja-kerja agama. Ini dapat dilihat apabila majlis-majlis agama sentiasa mendapat sambutan yang menggalakan. Semoga usaha ini menjadi amalan sepanjang zaman dalam usaha untuk melihat bumi Sibu dilimpahi cahaya keislaman.

Ruang tambahan dalam pembinaan

Surau An Nadwah yang dibina secara gotong royong itu kini sudah tidak mampu lagi menampung bilangan jamaah yang semakin bertambah. Menyedari masalah ini BADAI (Badan Dakwah dan Pend.Islam) SMKRD telah menjalankan usaha mengumpul dana bagi membina ruang tambahan yang dianggarkan kos bahannya sekitar RM5000.00. Sebagai permulaan guru-guru Islam SMKRD telah bermurah hati menyumbang tidak kurang RM100.00 seorang dan lebih RM3000.00 berjaya dikumpul. Pembinaannya pula akan dilakukan secara gotong-royong.

Teman berharap segala usaha warga SMKRD dan SM Teknik ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt.

0 komen:

Post a Comment