10 April 2009, Jumaat. Di Sarawak cuti umum sempana Good Friday.
Pagi itu, isteri teman mengajak teman ke pasar mencari sayur dan ikan buat makanan tengahari. Memandangkan hari baru lepas hujan tentu banyak kenderaan di jalan-jalan dan tambahan pula tentu banyak kawasan yang dinaiki air. Maka teman pun ambil keputusan menggunakan motosikal aje..
Kisah 1
Banyak kawasan rendah di sekitar bandar Sibu dinaiki air. Sekarang ni kalau hujan saje, Sibu pasti kebanjiran. Kasihan juga bila teman lihat penduduk-penduduk di kawasan tersebut terpaksa menghadapi situasi sebegini bila turunnya hujan di Sibu. Menurut kata seorang pegawai SRDC yang sempat teman temui mengatakan banjir kilat yang melanda Sibu kini adalah disebabkan oleh faktor dasar sungai Batang Rajang yang semakin cetek.. juga kata seorang pesara Lembaga Pelabuhan Rajang, kapal-kapal besar kini sudah tidak dapat lagi berlabuh di Pelabuhan Rajang Sibu.
Kisah 2
Teman singgah di kedai racun bagi membeli ubat bunuh lipas. Taukeh kedai memberi 'gift' kerana membeli barang dikedainya..Katanya 'gift' itu sempena hari good friday "ambik berkat mungkin"..Teman senyum lalu mengucapkan terima kasih. Lepastu teman dan isteri singgah pula di Cenral Market Sibu bagi membeli barang keperluan dapur.
Entah nak jadi cerita agaknya. Selepas puas mencari tempat pakir memandangkan semuanya penuh teman pun parking di bawah pokok di bahu jalan. Apabila selesai beli barang ala kadarnya, teman pun pergile ke motosikal. Nampak sehelai kertas diselitkan pada handle motosikal. Ingatkan iklan barangan rupa-rupanya surat saman dari SMC.
Apa nak buat mungkin hari ini teman tidak bernasib baik.. maklumlah guna motosikal aje dan bukannya kereta bercermin gelap. Di Sibu tempat letak kenderaan awam sangat terhad dan pengguna dinasihati berhati-hati bila parking kenderaan sebab anda mungkin disaman penguatkuasa SMC.
Bak kata orang tak semuanya kita selalu untung. Begitulah ceritanya.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment