Awal pagi tadi jiran teman, En Sebli menyampaikan jemputan dari seorang kenalan menjemput teman dan isteri ke majlis tahlil di rumahnya di Kpg Bandung, Sibu.
Begini bunyi jemputannya melalui perbualan kami
En. Sebli: Cikgu, En. Wahid jemput ke rumahnya pukul 11pg nanti
Teman: Ada kendurike..kenduri apa?
En. Sebli: Makan 20, jemput org perempuan sekali.
Teman: Ok, terima kasih.
Bagi masyarakat Islam Sibu. Apabila berlakunya kematian, ahli keluarga si mati akan mengadakan majlis solat berjamaah maghrib dan isyak dan juga tahlil dan bacaan yasin. Kebiasaannya majlis ini diadakan selama 7 hari berturut-turut di rumah keluarga si mati. Pada hari ke-3 dan ke-7 majlis tahlil dibuat agak besar sedikit dari hari-hari biasa. Pada setiap malam Jumaat akan diadakan majlis solat berjamaah maghrib dan isyak diikuti dengan bacaan yasin dan tahlil hingga hari ke-40. Majlis kenduri tahlil akan diadakan pada hari ke-20, ke-40 dan ke-100. Apabila genapnya 1 tahun mengikut kalendar Islam akan diadakan majlis tahlil yang juga disebut makan 'hol' bagi masyarakat Islam Sibu.
Program 5S bersama JAIS
10 years ago
0 komen:
Post a Comment