Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Kelmarin Rabu, habih meeting sebelah pagi.. teman pun kemas-kemas nak balik..Kawan sesama meeting ajak teman pegi Chow Kit jadi teman akurje ngikut. Flight jam 6.30ptg, masih ada masa lagi..kami pun cuba ambik teksi nak ke KL central, check in dulu baru jalan..tetiba datang sorang kawan ni kata.. apa payah naik teksi pakaije monorail lagi jimat.. kamipun ikutje..

Dalam monorail kami sempat juga sembang macam2 hal.. temasuklah cara nak ke KLIA..kata kawan teman ni kalu nak ke KLIA ada 2-3 cara..paling murah pakai bas..nak pakai tren pun boleh guna KLIA Transit..mula2 ambik tiket ke Putra Jaya kemudian kat Putra Jaya ambik tiket ke KLIA..baru RM15 lebih katanya.. tak perlu ambik KLIA Express mahal RM35 katanya..duit lebih tu bolehle guna beli roti gardenia.. betul juga ideanya..

Kat KL Central, teman datang rasa malas nak ke Chow Kit jadi kami pun bepecah..kawan-kawan yang lain beli tiket KLIA Express mungkin nak shoping lama agaknya, flight dia orang 8.50mlm.. tinggallah teman sorang..tengok jam masih lama lagi.. jadi teman cadang nak jalan-jalan dekat-dekat situ aje..

Jadi teman pun pegi ke kaunter KLIA Transit beli tiket..kat bod jadual tambang dan masa berangkat KLIA Transit ada tertera RM15 ke KLIA.. jadi teman pun cadang beli tiket terus.. tiba-tiba kata kerani tiket, kalu ambik tiket terus RM35 dan sambungnye lagi kalu ke KLIA tambang trennya semua sama.. pening teman mikirnya..jadi teman ambikje tiket ke Putra Jaya tambangnya RM9.50.. turun kat Putra Jaya dan ambik pula tiket ke KLIA RM6.20. Jadi semuanya RM15.70.. jimat RM19.30..boleh beli roti gardenia lebih sikit..

Hari ini pulak..teman ke kantin sarapan mudah aje.. beli karipap 3biji dalam paket plastik dengan nescafe secawan.. bila bayar..tawkeh kantin cas teman RM2.00, iaitu RM1 nescafe dan RM1 karipap..sekali lagi teman pening mikirkannya..sebabnya karipap sebiji 30sen jadi kalu 3 tentulah 90sen..apa mungkin ini bisnes cara baru.. agaknya sama ada besar atau kecik bisnes itu.. caranya samaje..

Mungkin ini salah satu bentuk hasil kemajuan pemikiran manusia hari ini.. Betambah pening kepala teman mikirkannya.

0 komen:

Post a Comment