Kenapa bila ada seseorang yang cuba mengajak tentang perkara-perkara kebaikan wujudnya pula penentangan. Masyarakat Islam Sibu seharusnya banyak bermuhasabah diri bahawa sesuatu kebaikan itu memang sukar untuk kita terima. Apatah lagi bila sesuatu itu telah menjadi suatu kebiasaan bagi kita dan telah pula menjadi suatu budaya dalam kehidupan kita.
Hari ini teman terima sms dari seorang sahabat yang sangat ingin melihat Islam subur di bumi Sibu dan nilai-nilai Islam itu menjadi budaya dalam cara hidup masyarakat Islam Sibu.
"Saya di"rehat"kan drpd membaca khutbah kerana suara majoriti orang SIBU sukakan sekularisme. Inilah alasan yg diberikan JAIS wlpn mengakui khutbah saya tidak ada salah apa2.."
Sungguh malanglah bagi masyarakat Islam Sibu bilamana adanya guru-guru agama yang aktif menyampaikan risalah Islam dibisukan.. Teman difahamkan ada terdapat lebih 200 orang guru agama di sekitar Sibu..Daripada seramai itu hanya seorang dua sahaja yang berani terjun ke dalam masyarakat. Yang lain kebanyakannya hadir bermusim sebagai contoh bila datangnya Maulidul Rasul, Maal Hijrah barulah kita dapat melihat guru-guru agama ini dijemput . Apa yang lagi malang, ada sesetengah masjid dan surau itu tiada program ilmu diadakan.
Kepada ustaz RD, pesan teman "teruskan perjuangan, jangan mudah mengalah, bagi teman yang dah lama di Sibu ni.. ustazlah boleh teman anggap punyai ciri-ciri seorang da'e. Apapun halangan, apapun rintangan..sabarlah ustaz"
Apa yang teman harapkan berilah peluang kepada guru-guru agama kita itu menabur bakti di bumi Sibu ini supaya akan lahir anak-anak Sibu yang akan menyampaikan risalah agama kepada masyarakatnya sendiri. InsyaAllah.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment