Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)





KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lembaran baru pentadbirannya sebagai Perdana Menteri dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta mengkaji semula akta kontroversi itu.

Dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah menerajui negara, Najib juga menarik balik larangan penerbitan Harakah, akhbar lidah rasmi Pas, dan Suara Keadilan iaitu akhbar Parti Keadilan Rakyat yang digantung permit bulan lepas.

"Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman.

"Kementerian Dalam Negeri akan memberi butir-butir selanjutnya selepas ini," katanya.

Najib, 55, yang menjadi Perdana Menteri keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Beliau juga berjanji untuk memastikan kepimpinan negara berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia," katanya.

Beliau juga mahu bertemu dengan para pemimpin segenap lapisan masyarakat dalam masa terdekat bagi menentukan keutamaan kerajaan.

"Kita perlu mengambil manfaat daripada kejayaan dan belajar daripada pengajaran masa lalu," ujarnya.(kosmo)

0 komen:

Post a Comment