Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Teringatkan cerita lama. Ketika itu departmen isteri teman sedang mengadakan Seminar Pengguna di salah sebuah hotel terkemuka di bandar Sibu dan majlis itu dihadiri Datuk KSU kementerian. Dalam aturcara majlis itu bacaan doa dilakukan oleh seorang pegawai agama. Apa yang berlaku pegawai agama itu gagal menghadirkan diri.

Maka gabralah penganjur majlis lalu isteri teman pun menghubungi teman minta bantuan. Temanpun menghubungi ustaz ini dan beliau tampa banyak bicara hadir membantu. Kebetulan ustaz itu baru beberapa hari bertugas di sekolah teman. Ustaz itulah yang kinilah banyak menabur bakti dan menghidupkan majlis-majlis ilmu di sekitar Sibu dewasa ini.

[Ustaz+Md+Isa.JPG] Beliau di antara beberapa orang ustaz sekolah yang terlibat dalam pelbagai program ilmu di masjid dan surau sekitar Sibu. Ramai di antara mereka memiliki ijazah dalam pelbagai disiplin ilmu agama yang teman kira cukup hebat. Sesungguhnya dengan adanya ustaz-ustaz ini yang sanggup melaksana kerja amal seperti ini seharusnya kita raikan dengan tangan terbuka bukannya disekat.

Dengan teredarnya surat pekeliling oleh pejabat JAIS Sibu teman kuatir masjid dan surau akan menjadi lesu dan suram. Apakah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah di JAIS Sibu akan sanggup mengambil alih tugas-tugas mengajar di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Sibu seperti mengadakan kuliah subuh di pagi minggu.

Bagi teman, seharusnya pihak berkuasa agama Islam di Sibu dapat menjalinkan hubungan kerjasama dengan GPI yang ada kurang lebih 200 orang itu untuk menyemarak dan meningkatkan lagi syiar Islam di Sibu. Wallahualam.

2 komen:

isma daud said...

Salam, tidak sama di antara mata yang buta dengan mata yang celik... tidak sama di antara orang yang celik mata hati dengan orang ditutup mata hatinya... orang yang berfikir saja mampu melihat kebenaran.

Unknown said...

Surat Pekeliling tersebut untuk Pilihan Raya sahaja. Kalau Surau di Kemuyang mereka dah letak ke bawah. 5 tahun sekali dipakai pekeliling tersebut.

Post a Comment