Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Sabtu,23 Mei 2009. Bertempat di salah sebuah hotel terkemuka Sibu, teman menghadiri majlis makan malam sambutan hari guru SMKRD. Majlis yang meriah itu dihadiri bersama YDP PIBG Cg. Abd Wahid dan guru-guru yang telah bersara iaitu Cg Peter Kong dan Cg Tutum.

Dalam kemeriahan majlis makan malam itu, teman agak terkilan kerana cuma dihadiri oleh rakan-rakan guru sahaja. Ya, ke mana perginya kakitangan-kakitangan lain di sekolah? Mengapa mereka tidak ikut serta? Apakah majlis ini untuk guru-guru sahaja?

Bukannya mereka tidak ingin ikut serta tetapi majlis itu dibuat secara sendirian berhad. Maksudnya guru-guru yang menanggung segala kos dan majlis makan malam itu bukannya dibiayai oleh sekolah. Ini yang mengelirukan teman. Bagi meraikan guru-guru yang bertungkus lumus sepanjang tahun, guru juga yang menanggung. Di mana tanggung jawab sosial sesebuah organisasi hinggakan kalau bersarapun rakan-rakan sendiri yang meraikan.

Di majlis itu, ianya dimeriahkan dengan persembahan karaoke dan cabutan bertuah. Beberapa orang rakan guru telah tampil ke pentas untuk menunjukkan bakat dan cukup menghiburkan. Ternyata di kalangan guru-guru kita ramai yang mempunyai bakat bukan sahaja nyanyian malah bidang-bidang yang lain juga.

Malam itu teman tidak membawa pulang sebarang hadiah cabutan bertuah dan memangpun teman bukanlah orang yang sentiasa bertuah dalam cabutan bertuah.

Inilah dunia guru, satu profesen yang tiada tolok bandingnya.

0 komen:

Post a Comment