Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Seperti biasa teman akan ke surau bagi menunaikan solat berjamaah maghrib dan isyak. Kelmarin ustaz yang biasa menyampaikan kuliah hadith tidak hadir dan hari ini pula ustaz yang menyampaikan kuliah feqah juga tidak hadir.

Semua ini kesan dari surat pekeliling yang diedarkan ke majlis-masjid dan surau-surau sekitar Sibu. Daripada sembang teman dengan jemaah surau mereka mengatakan semua surau dan masjid mengalami keadaan yang sama. Betapa rugi dan malangnya nasib umat Islam Sibu. Ustaz-ustaz yang kebanyakannya GPI mengambil pendekatan mengundur diri apabila teredarnya surat pekeliling itu yang seolah-olah tidak mengikhtiraf ijazah dan sarjana yang mereka miliki. Betapa huduhnya pendekatan JAIS Sibu.

Kenapa tidak diambil langkah mesra, ikut serta majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh ustaz-ustaz itu yang kebanyakannya dari semenanjung. Mereka ini yang datang ke bumi Sibu untuk menabur bakti dan kebanyakannya memberi kuliah tampa mengharapkan apa-apa imbuhan.

Apa boleh kita mengharapkan ustaz-ustaz anak-anak tempatan sahaja untuk melaksanakan tugas-tugas murni ini. Jika ada di mana mereka ketika masyarakat amat dahagakan ilmu agama. Seharusnya ustaz-ustaz yang bertugas di JAIS dapat turun padang bilamana kita merasakan ustaz-ustaz luar ini mungkin tidak mempunyai aspirasi tempatan.

Besarlah harapan teman agar pihak berkuasa agama mengambil pendekatan mesra dan bistari dalam meninggikan syiar Islam di bumi Sibu. InsyaAllah.

0 komen:

Post a Comment