Persoalannya
Apakah benar makanan yang kita makan itu halal?
Apakah kesannya jika makanan yang kita makan itu diragui halal-haramnya?
Apakah peranan kita dalam menyelesaikan tuntutan fardhu kifayah?
Di awal pagi
Isteri: Bang, tolong belikan barang..rasa nak buat mi jawa pagini..
Teman: OK..
Check barang kat dapur dan banyak yang tak ade..ambil motosikal dan temanpun pergi ke mini market terletak kira-kira 400m dari rumah.
Jadi teman belilah
1.kentang - import
2.taucu - buatan pengusaha cina
3.taugeh - hasil petani cina
4.tauhu - buatan peniaga cina
5.Sawi - hasil petani cina
6.telor ayam - hasil penternak cina
7.bebola ayam - buatan pengusaha cina
8.daun sup - hasil petani cina
9.daging ayam - hasil ternakan cina dan disembelih oleh orang Melayu
Cuma mi kuning saje yang belum dibeli dan teman cadang nak beli mi kuning buatan orang melayu..mi kuning di mini market itu dijual pada harga RM1.70 sekilo tapi teman ke kampung Nangka kira-kira 3km dari rumah teman. Di situ ada pengusaha mi kuning buatan orang Melayu. Harga sekilo mi kuning RM2.50
Selepas semua bahan telah dibeli maka memasaklah orang rumah teman akan mi jawa itu..
Persoalannya, apakah makanan yang dimasak itu benar-benar halal. Ini adalah sebahagian kisah yang teman perlu hadapi malah dalam banyak perkara. Teman beranggapan permasalahan ini juga dihadapi oleh ramai penduduk Islam Sibu.
Allah S.W.T tidak pernah menghalang kita dari menikmati makanan yang baik malah ia sangat dianjurkan. Namun Allah menganjurkan bahawa setiap makanan yang diambil itu hendaklah baik dan halal. Makanan yang baik mendatangkan kesan yang baik pada tubuh badan malah makanan yang halal bukan sahaja memberi kebaikan tapi turut memberi keberkatan pada diri dan kehidupan. Makanan yang baik tidak semestinya mahal tetapi makanan itu mestilah makanan yang dihasilkan melalui proses yang bersih dan teratur serta tidak mengandungi bahan-bahan syubhat dan bahan tidak memudaratkan.
Kekadang kita tidak memperdulikan bahan makanan yang kita makan seperti mi, kuewtiau, fishball, kicap, sos dan sebagainya hingga sanggup menggunakan barangan buatan orang bukan Islam yang kekadang diragui halal-haramnya. Untuk itu kita dituntut mengambil berat akan makanan yang halal dan dari sumber yang HALAL kerana ia memberikan nilai didunia dan di akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W sangat jelas dalam hadith baginda yang bermaksud:
"Wahai semua manusia, makanlah benda yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi".
Lalu Saad bin Abi Waqqas yang ketika itu berhampiran dengannya berkata:
"Ya Rasulullah, tolong pohonkan kepada Allah agar Allah jadikan daku seorang yang mudah diperkenankan doa."
Mendengar kata-kata Saad itu, lalu Baginda bersabda:
"Wahai Saad, perbaikilah makananmu, kau akan jadi seorang yang mustajab doa. Demi Tuhan dimana diri Muhammad dalam tanganNya, seseorang lelaki yang menelan seketul daging haram dalam perutnya tidak akan diterima doa daripadanya selama empat puluh hari. Adapun hamba yang dagingnya tumbuh daripada benda haram dan riba, maka neraka itu lebih utama baginya."
Permasalahan yang teman hadapi di Sibu tidak banyak produk makanan halal diusahakan.
Apakah ada usaha yang diambil oleh masyarakat Islam Sibu untuk membangunkan perusahaan makanan sebagai menunaikan tanggung jawab fardhu kifayah. Kesedaran tentang fardhu kifayah perlukan pendidikan yang lebih jelas dan berterusan bukan setakat pengurusan jenazah semata-mata.
Di sini teman melihat peranan ini boleh diambil oleh pihak penguasa agama dalam memberi pendidikan dan kesedaran tentang fardhu kifayah. Disamping itu juga dapat membangunkan ekonomi orang Islam Sibu.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment