Selasa 2 Jun, pada sebelah petang teman sekeluarga ke ladang sawit menghantar anak dari pulang bercuti sempena perayaan Gawai Dayak. Perjalanan agak perlahan dan lambat kerana keadaan jalan berbatu-batu dan berdebu. Walaupun menggunakan kenderaan SUV, tidak berani teman memecut laju kerana kuatir akan keselamatan.
Kawasan ladang itu sungguh luas hingga ke sempadan Mukah dan kawasan ladangnya yang paling hujung. Kami cuma menghantarnya ke separuh perjalanan dan kemudian dia diambil oleh pekerja ladangnya pula.
Dalam perjalanan itu, terserempaklah dengan beberapa pekerja ladang. Lalu teman bertanya kepada anak..
Teman: Mereka orang mana,
Anak: Orang Indonesia,
Teman: Ugama apa mereka.(melihat ada tatoo di badan)
Anak: Islam
Teman: Betulke,
Anak: Betul yah..Bukan tu je yah..mereka banyak yang suka mabuk-mabuk.. kekadang sampai berkelahi pun ada..
Teman: Dasyat betul deme,
Anak: Tapi yah, dia orang tu..rajin juga ke surau/masjid.
Opah: Kamu jangan ikut campur dan terikut-ikut perangai mereka.(dia menasihatkan cucunya)
Mujurlah kawasan ladang itu jauh dari penempatan masyarakat tempatan. Jika tidak akan rosaklah masyarakat tempatan dengan budaya songsang yang mereka bawa.
Ada baiknya juga, kepada para pendakwah-pendakwah dan ustaz-ustaz JAIS kita pergi bertandang dan berdakwah di ladang-ladang ini. Mendekati mereka dan menyampaikan risalah agama yang benar..InsyaAllah
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment