Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Dalam sembang-sembang teman bersama kekawan..Seorang kawanni membangkitkan isu "abang mati ditikam adik" yang disiarkan dalam akhbar utusan..

Apa yang teman musykilkan kenapa dalam keghairahan sambutan Gawai Dayak yang disambut oleh masyarakat Dayak, orang Islam yang terlebih ghairah dan parah.

Teman difahamkan mangsa yang terbunuh itu adalah lelaki Islam. Jika abangnya Islam tentunya adik pun Islam juga. Jika benarlah apa yang kawan teman ni ceritakan amat malang sekalilah.

Apakah di kawasan kampung, mabuk-mabukan ini telah menjadi satu ikutan baru bagi masyarakat kampung yang kebanyakan beragama Islam. Kemana hilangnya nilai beragama di kalangan generasi muda kita.

Kata kawan teman ni lagi. yang peliknya kat kampung-kampung kalau nak cari judul-judul kitab memang payah tapi kalau bir tu apa-apa brand pun boleh jumpa. Jika sampai ke tahap ini lagilah parah..

Untuk itu teman usulkan, ustaz-ustaz kita selalulah bertandang ke kampung-kampung dan dekatilah masyarakat kita.

Petikan akhbar Utusan Online
Abang mati ditikam adik

SARATOK 2 Jun - Seorang lelaki mati ditikam adik lelakinya sendiri akibat satu perselisihan faham pada sambutan hari Gawai Dayak di Kampung Hulu Laut, Kabong, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Ismandi Balian, 31, mati ditikam adik lelakinya berusia 20 tahun yang dipercayai mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Senior Asisten Komisioner II Huzir Mohamed berkata, kejadian berlaku di dalam rumah suspek sebaik dia pulang.

Katanya, sejurus selepas itu telah berlaku perselisihan faham antara kedua-duanya menyebabkan suspek berang lalu menikam mangsa.

''Suspek yang dipercayai sedang mabuk telah bertindak mengejar mangsa ketika hendak keluar rumah sebelum menikamnya dengan benda tajam.

''Kita masih menyiasat kes ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mayat Ismandi dibawa ke Hospital Umum Sarawak hari ini untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

0 komen:

Post a Comment