Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

petikan Utusan Borneo Online


Oleh Muller Asen

S’wak kenakan tindakan penalti jika mereka yang ada simptom H1N1 enggan dirawat

KUCHING: Orang ramai yang disyaki mempunyai simptom Influenza A (H1N1) tetapi enggan menerima rawatan daripada Jabatan Ke-sihatan Negeri (JKN) akan dikenakan penalti RM10,000.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata kerajaan negeri akan berbuat demikian seperti mana yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan undang-undang itu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Mana-mana individu tidak boleh mengatakan mereka tidak mahu memberi kerjasama… kita (Sarawak) akan mengikut akta ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pameran Persatuan Pengilang Sarawak di sini semalam.

Dr Chan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pesakit yang enggan memberi kerjasama dengan kakitangan Hospital Umum Sarawak (HUS) kelmarin.

Menurut sumber, pesakit tidak mahu menerima rawatan malah terus bergegas meninggalkan HUS.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 itu menyebut sekiranya individu didapati bersalah, penalti sebanyak RM10,000 akan dikenakan atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketika diminta mengulas sama ada majikan perlu memberi gaji penuh kepada pekerja yang disyaki dijangkiti virus Influenza A(H1N1), Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri berkata kerajaan tidak dapat memaksa sektor swasta mengikuti langkah yang diambil kerajaan.

Katanya, sebarang sektor swasta yang baik akan membenarkan pekerja menerima gaji penuh sekiranya dijangkiti penyakit itu.

“Saya rasa majikan perlu membayar gaji penuh kepada mereka. Ini adalah wajib kerana tidak ada pekerja yang mahu sakit dan dikuarantin.

“Akan tetapi, jika gaji mereka dipotong, mereka boleh merayu kepada Jabatan Buruh,” ujarnya.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini wabak pandemik itu di negeri ini, Dr Chan berkata setakat ini Sarawak belum mencatatkan banyak kes H1N1 walaupun ia sedang merebak di dunia.

Beliau turut berharap kes kematian dapat dikurangkan.

Setakat ini Sarawak merekodkan dua kes positif Influenza A(H1N1).

Kes pertama direkodkan pada 22 Jun 2009 membabitkan rakyat tempatan iaitu pelajar lelaki berusia 23 tahun yang pulang dari Melbourne Australia untuk menghabiskan cuti semesternya di Kuching dan dua hari kemudian (24 Jun 2009) kes kedua melibatkan wanita warga Australia diuji positif Influenza A (H1N1).

Kedua-dua pesakit berkenaan masih menerima rawatan di HUS dan difahamkan dalam keadaan stabil.

Sementara itu, seorang lagi pesakit dimasukkan ke wad pengasingan selepas meng- alami selesema serta batuk setelah pulang bercuti dari United Kingdom (UK) pada 24 Jun lepas.

Bagaimanapun, keputusan ujian klinikal daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur belum lagi diketahui.

0 komen:

Post a Comment