Baru-baru ini Menteri Pelajaran mengumumkan mulai tahun hadapan KPM akan menghadkan kepada 10 subjek sahaja yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM. Kelmarin MP mengumumkan pula mata pelajaran teras akan dikurangkan dari 6 kepada 4.
Teman melihat ada kewajaran KPM menghadkan bilangan subjek itu. Ini bagi membolehkan calon-calon SPM mempunyai lebih fokus dalam memilih bidang pengajian di IPT. Dengan itu pencapaian calon-calon SPM lebih berkualiti.
Teman ingin mengimbau balik ke zaman persekolahan dulu. Nak masuk sekolah menengah kena ambil ujian penilaian di darjah 5. Kemudian di tingkatan tiga mesti lulus SRP untuk naik ke tingkatan 4. Di tingkatan 5 ambil SPM dan untuk naik ke tingkatan 6 mesti mendapat sekurang-kurangnya pangkat 2 dengan beberapa syarat tertentu.
Pelajar sekarang amat bernasib baik kerana boleh bersekolah hingga ke tingkatan 5 tampa banyak sekatan. Dengan perubahan-perubahan yang dilakukan dalam SPM dan pengenalan kepada SPPK yang akan bermula tahun hadapan, teman berharap pencapaian pelajar-pelajar kita akan lebih berketrampilan dan berkualiti.
Apa yang teman juga berharap subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak dipencilkan dalam usaha kita melahirkan modal insan yang berkesan untuk menbina Satu Malaysia.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment