Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Surau An Nadwah, SMK Rosli Dhoby dibina atas inisiatif warga SMKRD dengan bantuan PIBG dan derma orang ramai. Ini merupakan binaan surau yang ketiga dalam tempoh 30 tahun.
Surau sekarang ini dibina di tapak asal surau yang terdahulu.

Kini surau ini tidak lagi mampu menampung bilangan jamaah yang kian bertambah. Dengan kemasukan pelajar-pelajar baru ting. enam, kehadiran jamaah semakin besar.


Pemandangan dalam Surau An Nadwah. Kehadiran pelajar amat menggalakkan di mana pelajar sesi pagi akan menunaikan solat jumaat sebelum pulang.


Atas inisiatif J/K Badai, SMK rosli Dhoby kerja-kerja pembesaran surau dirancang dan kini sedang giat dilaksanakan.

[Img080.jpg]
Kini pihak J/K Badai (Badan Agama Islam) sedang mengumpul dana bagi menampung kerja-kerja menyiapkan bahagian tambahan bagi dijadikan ruang solat dan kelas Pendidikan Islam.

Teman merayu kepada para dermawan terutamanya bekas-bekas guru dan pelajar SMKRD dapat menghulurkan derma. Semua derma bolehlah dibank in terus ke akaun BADAI SMKRD no. 11070000416204 CIMB SIBU.

Pihak J/K Surau An Nadwah / BADAI SMKRD merayu kepada tuan/puan terutama bekas guru dan pelajar dapat menyumbang. Di samping itu pihak J/K merancang untuk mengadakan pelbagai program keagamaan di SMKRD.

Memandangkan kini setiap sekolah dibina sebuah surau oleh KPM alangkah baik jika SMKRD juga diberi peruntukan pembinaan suaru yang lebih besar, sempurna dan selesa. Dalam usaha penambah baikan yang dilakukan oleh warga Islam SMKRD dalam membantu panitia Pendidikan Islam, warga SMKRD merayu pihak JPN dapat membina bangunan tambahan memandangkan bilik P&P begitu terhad. InsyaAllah

0 komen:

Post a Comment