Surau Darul Amilin terletak di Taman Perumahan Permai, Jalan Oya, Sibu. Terletak berdekatan dengan Hospital Sibu iaitu kira-kira 10km dari pusat bandar.
Surau Darul Amilin telah siap dibina pada tahun 2007 dan kini telah dinaik taraf rekabentuknya, Kerja-kerja ubah suai surau ini adalah atas inisiatif dan usaha J/K surau dengan sokongan masyarakat Islam Taman Perumahan Permai.
Surau ini kini mempunyai kubah di bahagian puncak bumbungnya. Kelihatan juga kerja-kerja pembinaan menara azan sedang dijalankan. Surau ini juga diperbesarkan dengan membina dinding bertingkap di bahagian berendah.
Difahamkan pihak J/K surau juga merancang untuk mengadakan Solat Jumaat di sini memandangkan kedudukan Masjid Babu Salam yang terdekat agak kecil dan uzur. Tambahan pula masjid tersebut tidak mampu menampung bilangan jamaah yang begitu ramai dan agak jauh dari kawasan taman perumahan tersebut.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment