Teman agak terkejut bila mendengar cerita seorang rakan tentang peristiwa yang menimpa jamaah surau di tempatnya
Diceritakan peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat yang lepas. Mengikut ceritanya setiap hari jumaat malam sabtu di surau tempatnya ada kuliah tafsir antara maghrib-isyak dan kelas alquran selepas isyak.
Surau di tempat rakan teman ini pula dipimpin oleh seorang imam chipsmore.. katanya. Ini kerana imam itu cuma muncul di surau ketika beliau ada program yang hendak dilaksanakan sahaja. Apabila beliau membuat sesuatu program beliau mahukan orang-orang yang menjadi jamaahnya pula tidak memiliki ciri-ciri chipsmore.
Beliau mempunyai bilangan anak murid yang agak ramai. Difahamkan semua murid-muridnya itu bukanlah ahli kariah surau tersebut. Beliau dikenali sebagai Tuan Guru dikalangan murid-muridnya. Memandangkan bilangan muridnya yang agak ramai beliau telah memindahkan pusat pengajiannya dari rumah beliau ke surau.
Pada malam kejadian, walaupun ketika itu kuliah tafsir masih belum selesai dan ramai murid Tuan Guru itu telah sampai di surau itu tetapi ramai di antara murid-muridnya masih berada di luar surau dan berbual-bual kosong. Hinggakan gelak tawa mereka boleh didengar dari dalam surau.
Selepas solat isyak sepatutnya berlangsung kelas al- Quran yang dikendalikan Ust H. Itupun terpaksa berpindah ke rumah salah seorang ahli jamaah surau. Sepatutnya ahli jamaah suraulah yang sepatutnya memanfaatkan dan memakmurkan surau tetapi seolah-olah dipaksa meninggalkan surau.
Teman bertanya masakan Tuan Guru itu tidak mengetahui wujudnya program di surau. Rakan teman ini memberitahu yang Tuan Guru itu tidak mengetahui program-program di surau itu masih lagi berjalan seperti biasa. Ini memandangkan surat larangan mengadakan kelas agama telah dikeluarkan oleh pejabat agama ke semua masjid dan surau. Difahamkan program yang dijalankan oleh Tuan Guru itu pula mendapat kerjasama daripada pegawai agama. Begitulah cerita rakan teman.
Tujuan Tuan Guru itu menjalankan program seperti itu pada pandangan teman sangat molek kerana bukan sahaja boleh meningkatkan kefahaman kita tentang beragama tetapi juga dapat memakmurkan rumah-rumah Allah. Usaha Tuan Guru itu harus diberi pujian tetapi sebagai guru dan imam surau beliau haruslah bijak memimpin jamaah di kariahnya.
Untuk menjadi seorang pemimpin hatta walaupun seorang imam surau sekali pun, sifat rendah diri, ikhlas dan keterbukaan adalah sifat utama yang sangat penting perlu ada dalam diri seseorang itu.
Sesungguhnya benarlah firman Allah SWT yang maksudnya
Bahawasanya semulia-mulia orang yang di antara kamu pada sisi Allah ialah orang yang paling taqwa dan taat akanNya. Al Hujurat ayat 13
Teman berharap perkara ini tidak berlaku di tempat teman. Mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan petunjuknya kepada kita yang ikhlas dan taqwa dalam melaksanakan segala perintahNya.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment