Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Rabu 5 Ogos, teman ke Kuching kerana tugas. Teman berkereta bersama isteri dan bertolak dari Sibu kira-kira jam 1pm. Sampai Kuching sekitar 7pm.

Sepanjang perjalanan ianya diselubungi jerebu dan asap tebal. Ini kerana banyak kawasan hutan dan belukar dibakar bagi penyediaan kawasan bercucuk tanam. Masayarakat tani di Sarawak masih mengamalkan cara pertanian tradisi untuk bercucuk tanam.

Cadang mula hendak bermalam di Rajah Court tapi teman akhirnya ambil keputusan menginap di Penview Hotel sahaja.

Di Kuching teman melakukan lawatan kerja ke 2 buah sekolah iaitu SMK Matang Hilir pada hari Khamis dan SMK Tun Abang Hj Openg pada Jumaat. Di Openg, teman betul-betul terpesona. Sekolahnya sungguh indah dan mengkagumkan. Teman difahamkan oleh pengetuanya, SMK TAHO memasuki pusingan akhir peringkat kebangsaan Program 3K.

Sempat juga teman rakamkan beberapa pemandangan indah sekitar SMK TAHO.

Setepas segala urusan kerja selesai, teman bergegas pulang ke hotel kerana perlu check out untuk pergi ke Kuala Lumpur.

0 komen:

Post a Comment