Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Sabtu, 8 Ogos 2009. Berlangsungnya majlis pertunangan adinda lelaki teman Mohd Zubir dengan gadis pilihannya di Sungai Buluh, Selangor. Maka lengkaplah semua, bila mana semua adik-adik telah punya jodoh masing-masing.

Yalah, ini yang dikatakan jodoh.. ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu juga. Khabarnya keluarga tunangannya berasal dari negeri Perak juga tetapi telah lama menetap di Selangor.

Di majlis itu, rombongan pihak lelaki diketuai oleh Chor Idrus abang sepupu teman. Almaklumlah teman bukannya arif sangat dengan adat pertunangan orang sebelah Selangor atau Perak kerana telah lama meninggalkan kampung halaman. Kesemua adik beradik teman ikut serta cuma adinda Rosdiana yang tidak dapat hadir sama kerana mengerjakan umrah.

Memandangkan kami berasal dari Perak ramai yang menyangkakan rombongan kami semua datang dari Perak. Walhal semuanya dari sekitar dalam Selangor juga. Di majlis itu cincin tunang disarungkan ke jari tunangan adinda teman oleh isteri teman..

Jika tiada aral dan halangan mereka akan disatukan pada 30 Okt 2009 ini. Mudah-mudahan segalanya dalam izin Allah adanya.

Majlis pertunangan itu bermula di sebelah pagi dan berakhir kira-kira 4 petang. Suasana majlis cukup teratur dan meriah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menjadikan majlis itu berjalan seperti yang dirancangkan.

0 komen:

Post a Comment