Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Artikel dari Borneo Post Online

Dalam tempoh 15 tahun lagi Kapit bakal menjadi pangkalan pelbagai produk pertanian mapan dan sebuah bandar besar yang membangun: KM

KAPIT: Bandar ini akan terus diberi tumpuan dan akan dibangunkan dengan pesat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, demikian kata Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata kedudukan Kapit di bahagian tengah dalam kawasan utama Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) mempunyai potensi dibangunkan dan maju bagi menjana ekonomi negeri dalam jangka masa panjang.

“Saya tahu bahagian Kapit agak jauh ketinggalan daripada bahagian lain. Susah untuk dibangunkan disebabkan fakta geografinya yang berbukit-bukau serta cerun dan banyak sungai.

“Misalnya, untuk membina jalan raya dari Kapit ke Song, kosnya tiga kali ganda daripada kos membina jalan raya di kawasan lain,” katanya.

“Namun begitu, saya tahu orang Sarawak komited dan ingin melihat kemajuan, sebab itu saya berani melaksanakan SCORE,” katanya sambil menambah kata bahawa Kapit, yang terletak di hulu Sungai Rajang tidak harus dipinggirkan daripada pembangunan.

Justeru katanya, bagi mengelak penghijrahan berterusan masyarakat luar bandar ke bandar-bandar besar untuk mengejar kemajuan dan mencari rezeki, maka kerajaan bercadang melaksanakan koridor pembangunan bersepadu untuk Kapit melalui SCORE.

Taib berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih bersama umat Islam dan masyarakat Kapit di Masjid Jabal An Nur di Jalan Beletih di sini, malam Rabu.

Taib berkata menyedari potensi Kapit yang besar terutama dalam sektor pertanian, maka kerajaan telah menyusun rancangan untuk SCORE melalui pelaksanaan Empangan Hidro Bakun, Murum di Balleh dan kemungkinan sebuah lagi di Pelagus pada masa akan datang.

Bagi melengkapkan pembangunan, kerajaan membina jalan raya ke Empangan Hidro Murum (sepanjang 62 kilometer) di Belaga yang kini dalam proses pembinaan; jalan raya ke Empangan Hidro Baleh (kini dalam kajian), jalan ke Tunoh (37.3 km) dan jalan raya ke Kapit melalui kawasan perlombongan arang Batu Nanga Merit/Sangan.

“Ini merupakan julung kalinya dalam sejarah kerajaan memikirkan pembangunan yang melibatkan kos lebih RM100 bilion untuk SCORE dan daripada jumlah tersebut, Kapit menerima peruntukan terbanyak dalam sejarahnya iaitu sebanyak RM2 bilion.

“Hasil daripada pelaksanaan projek SCORE, maka kawasan tanah rendah dan rata di Tunoh amat berpotensi untuk dimajukan dengan estet-estet kelapa sawit, nanas dan sebagainya. Ia juga boleh dimajukan dengan estet tanaman kayu dan sekali gus memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan,” tambah beliau lagi.

Ketua Menteri amat optimis bahawa dalam masa 15 tahun akan datang Kapit bakal menjadi pangkalan pelbagai produk pertanian yang mapan, sekali gus mampu menjana ekonomi penduduk luar bandar.

Dalam perkembangan yang sama katanya, jika ekonomi rakyat bertambah baik dan meningkat, bandar Kapit akan dapat diperbesarkan menjadi sebuah bandar besar dalam tempoh 15 tahun akan datang itu.

Sehubungan itu beliau mencadangkan agar keadaan bangunan yang sesak di bandar Kapit dipindahkan ke kawasan lain untuk memberi ruang kepada pembesaran bandar bagi keselesaan rakyatnya.

Pada majlis itu juga, Taib menyerahkan sumbangan kerajaan negeri Sarawak kepada Lembaga Amanah Khairat Daerah Kapit melalui wakilnya, Pemanca Badi Nuawi, sumbangan Fardu Kifayah kepada 11 orang penerima dan bantuan untuk 59 orang warga emas, ibu tunggal dan fakir miskin di sini.

Hadir sama ialah Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato Sri Dr James Masing, Menteri Muda Kemudahan Awam dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ambrose Blikau, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Putit Matzen.

0 komen:

Post a Comment