Jumaat 4 Sept 2009. Bertempat di Surau Darul Firdaus berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Majlis Keselamatan Negara cawangan Sarawak dengan kerjasama Surau Darul Firdaus. Sibu
Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Setiausaha MKN caw. Sarawak dan rombongan, Datuk Awang Bemee b Awang Ali Bashah ADUN Nangka, dan rombongan Imam dan Daiee dari Negara China, imam-imam jemputan solat tarawih Surau Darul Firdaus serta tetamu-tetamu undangan.
Turut serta diraikan adalah pelajar-pelajar Islam asrama dari SMK Rosli Dhoby dan SM Teknik. Hadirin yang hadir adalah diluar jangkaan dan dianggarkan sekitar 200 orang
Acara dimulakan dengan majlis sungkei(berbuka puasa) ringan dan diikuti solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Imam jemputan dari Negara Cina.
Selepas solat Maghrib majlis diteruskan dengan tazkirah ringkas oleh wakil imam dari Negara China dengan tajuk Islam di Tanah Besar China. Dari penerangan beliau, menyatakan penduduk China yang beragama Islam dianggarkan sekitar 80juta dan 50ribu buah masjid dan ini tidak termasuk musola dan madrasah/pesantren. Menurut kata beliau lagi bahasa kedua penduduk Islam di China adalah Bahasa Arab dan kesemua ahli rombongan itu boleh berbahasa Arab.
Majlis itu juga diserikan oleh ucapan pengerusi Surau Darul Firdaus En. Mahmud Hj Ahad, Timbalan setiausaha MKN caw, Sarawak En. Shalihin b Annuar dan ADUN Nangka Yb Datuk Awg Bemee b Awg Ali Bashah.
Dalam ucapan Pengerusi Surau Darul Firdaus, beliau bagi pihak Surau Darul Firdaus merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Datuk Awg Bemee selaku Pengerusi LAKIS di atas sumbangan RM2000 kepada Surau Darul Firdaus.
Di majlis itu juga Datuk Awg Bemee telah bermurah hati untuk menyumbang sebanyak RM1000 kepada Surau An Nadwah SMK Rosli Dhoby dalam pertemuan ringkas beliau bersama Al-Ustaz Mohd Isa dan Cr Tn Hj Hamzah dari SMK Rosli Dhoby.
Sebelum solat Isyak para tetamu dan hadirin yang hadir menikmati jamuan makan malam yang ditaja oleh MKN caw. Sarawak. Solat Isyak dan Tarawih diimamkan oleh Imam I Surau Darul Firdaus Ustaz Nasir b Musel. Di majlis itu juga diadakan solat jenazah(ghaib) kepada Allahyarham Tuan Hj Jaya iaitu bapa kepada Dr Juanda Mufti negeri Perlis dan Cg Tn Hj Muhamad b Jaya yang merupakan ahli kariah Surau Darul Firdaus. Solat jenazah(ghaib) itu diimamkan oleh Al-Ustaz Mohd Isa b Md Daud.
Semoga majlis itu mendapat keberkatan dari Allah swt. InsyaAllah.
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment