Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)
5:31 pm

Apakah benar

Mastika keluaran September 2009 di kolum Papan Kenyataan muka surat 80 mengutarakan

Isu Cikgu Semenanjung makan babi di Sarawak..

Teman sebagai warga pendidik yang telah berkhidmat hampir 30 tahun di bumi Sarawak merasakan isu makan babi ini suatu yang pelik dan tidak masuk akal. Apatah lagi isu ini cuba mengaitkan orang-orang Melayu Semenanjung yang beragama Islam.

Menurut cerita rakan-rakan teman yang berasal dari kawasan luar bandar dan pedalaman menyatakan perkara seperti itu tidak patut berlaku. Walaupun benar daging babi murah jika dibandingkan daging lembu bukanlah alasan untuk memakan daging apatah pula ayam mudah diperolehi.

Jika benarlah apa yang diperkatakan amatlah malang sekali kerana ia berlaku dalam zaman makanan halal begitu banyak di pasaran. Jika di awal tahun 80an memang benar daging import halal sukar didapati tetapi kini semua daging lembu yang dijual halal belaka.

Jika benarlah seperti apa yang diketengahkan melalui majalah MUSTIKA itu BENAR berlaku ianya merupakan satu isu terpencil bagi teman dan individu itu sepatutnya sedar akan perbuatannya itu bertentangan dengan agama.

0 komen:

Post a Comment