Petang ini orang rumah teman masak gulai taucu yang menjadi kegemaran teman. Teringat pulak akan arwah encik sebabnya masakan gulai taucunya cukup menyelerakan.
Resipi
Gulai taucu ikan kembung
Hidangan buat 3-4 orang
3 ekor ikan kembung.
Cara-cara
- Bersihkan ikan kembung. potong dua dan kunyitkan serta goreng garing.
- potong timun seperti hendak buah acar, iaitu panjang-panjang bahagian tengah dibuang.Belahkan cili tetapi jangan sampai putus. Bawang besar dibelah 4.
- Panaskan 2 sudu minyak. Tumiskan bawang putih dengan halia.
- Masukkan taucu. kacau dan biarkan garing sedikit.Masukkan sedikit serbuk kunyit serta kacau.
- Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
- Masukan timun, cili, dan bawang. Rasa masinnya.
- Akhirnya, masukkan ikan goreng dan biarkan mendidih baru padamkan api.
0 komen:
Post a Comment