Satu Destinasi

Di mana kakiku melangkah, satu destinasi yang belum pasti..

Glitter Words
RENUNGAN
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Sabda Rasullah SAW
"Sesesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan kedua-duanya hendaklah juga dengan ilmu".
Kehidupan Berkualiti
Firman Allah SWT
" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepada mu akan pahala dan kebahagiaan akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagian mu (keperluan dan bekalan mu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepada mu (dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang melimpah-limpah); janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang membuat kerosakan".
(al-Qasas:77)

Percutian teman bersama anak dan cucu di kampung..

Jumaat 12 Feb.. Betolak ke KLIA dan sampey 2.30ptg..Kedatangan teman sekeluarga juga disertai oleh anak teman yang dh ada di semenanjung.. Kemudian ke ghomah Mat Pozi adik teman kat Shah Alam.

Sabtu 13 Feb.. Ke Kolumpor dgn bas walaupun Mat Pozi soghoh gune keghete exora dier..Maklumlah teman bukan beghape paham dengan jalan di Kolumpor..Lepaih segala urusan selesai teman balik ke Shah Alam..

Ahad 14 Feb.. Teman dan semua keluarga Bidah-Rodi ke Port Dickson untuk program hari keluarga dengan 9 buah kereta (8 buah plat nombor W dan I buah Q)..Kami berkampung selama 2 hari 1 malam di Glory..Kesemua 9 adik beradik dengan 39 ahli keluarga berkumpul bersama..Perbagai aktiviti dirancang dan diatur..Kordinator utama program kali ini diketuai oleh keluarga Suhaibah-Nazri..
Sebelah malam diadakan majlis barbeku..dan ngeteh(istilah keluarga bg berkumpul,bersembang sambil minum teh..menu utama teh tarik)

Isnin 15 Feb.. Aktiviti Hari Keluarga Bidah-Rodi berlansung..suasana cukup meriah hingga menarik minat pengunjung yang bercuti di situ..check out pukul 2pm dan berkonvoi ke Teluk Kemang untuk makan-makan sebelum pulang..Malam itu teman bermalam di rumah sewa anak kat Shah Alam..

Selasa 16 Feb.. Bertolak ke Peghak..perjalanan ke Kg. Lempo Elo (Tanah Hitam).. singgah di Pekan Kuale makan lakse dgn cendol(sikit kecewa sbb tak beghape sedap) menu wajib bile masuk Pekan Kuale..Lepaih itu teghuih ke Lempo singgah kat mesejid al-maarif tunai semayang jamak..lepaihtu ziarah makam ayah dan encek..sedekah fatihah.. Peghi jenguk ghomah kat Lempo Elo..Sedih ngenangkan keghana di situlah tempat teman dibesorkan..Dapatle meghase Effa cucu teman jejak kaki kat tanah asal atuknye..

Teman tinjo2le kut ade ternampak yeop mamamat..Adele teman tengok ghomah atok yeop mamamat ataih bukit tu.. maafle tak singgah..Lepaih berehat, teman sekuarge beransor pulak ke Tepeng..singgah kat gerai tepi jalan kat Seberang Bendang..tokehnye ghope mcm anak Pak Pin Maran tp dier takle kenal teman sbbnye teman pakey keghete plat nombor QSS(Sarawak)..Bemalam pulak semalam kat Bukit Merah..

Rabu 17 Feb.. Beghansur balik ke Shah Alam..cadang nak singgah kat ghomah acek Umi di Simpang..tp ghomah deme betutup dan adik teman ngaborkan yang deme ade di Kolumpo..Balik semola ke Kuale sebabnya Mat Pozi mesan Lakse..teman pun belilah Lakse Pak Ngah yang kat sebelah Sekolah Chung Wah..

Singgah pulak kat Kg. Lawan Kuda, Gopeng jumpe mak sedare..sampey Shah Alam pukul 1 pagi..

Khamis 18 Feb.. Barulah dapat nak shopping.. beli barang-barang sedikit buat buah tangan bawa balik ke Sarawak..Sebelah malamnye buat majlis bacaan yasin dan tahlil untuk ayah, encek dan keluarga yang sudah dahulu meningggalkan kami.. majlis itu diimamkan oleh anakanda teman Mohd Afandi..

Jumaat 19 Feb.. Sambung shopping sebelah pagi..Pukul 4ptg teman sekeluarga pun bertolak ke KLIA.. disebabkan masalah teknikal pada pesawat MAS.. flight yang sepatutnya bertolak 6.30ptg ke Sarawak terpaksa ditunda kepada jam 7.10mlm.. Sampai di Sibu 10.30mlm

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Allah swt kerana memberi perlindungan dan keselamatan kepada kami sepanjang percutian di kampung..

3 komen:

isma daud said...

Salam. Hajat balik kampung dilaksanakan Allah. Tentu seronok dan letih. Tapi seronok lebihlah...

Tapi masa singkat sangat. saya baca catatan cikgu pun terasa macam berkejar2. Kalau kereta tu macam tak sempat nak brek..he..he..

Syukurlah cikgu sekeluarga selamat dalam perjalan pergi dan balik.

Mamamat said...

Salam Bang Ein
Lain kali kita boleh berjumpa. Kalo teman sesat ke Sibu, teman akan cari mike

Ibrahim Mat Rodi said...

Salam Chek Mat..
Yelah..jemputlah betandang ke tempat teman..bawakle geng kuale sekali..

Post a Comment