Selepas maghrib di Surau Darul Firdaus tadi, seorang rakan bercerita yang Allahyarham penghulu Jinal telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya..Arwah merupakan seorang pemimpin yang sangat dihormati di kampungnya.. dahulunya beliau adalah seorang paderi sebelum memeluk Islam..
Alfatihah buat allahyarham penghulu Abdullah Jinal semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solleh..
Petikan dari Utusan Borneo..
February 20, 2010, Saturday
Mangsa, Penghulu Abdullah Jinal @ Josephs Jinal dari Kampung Jeriah di Batu 7 1/2, Jalan Ulu Oya, sebelum kejadian dikatakan sedang balik dari menjual sayur di pasar Taman Permai.
Semasa kejadian sekitar jam 9 pagi, motosikal mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan, sehingga menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter ke atas bahu jalan.
Mangsa difahamkan mati serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius di beberapa anggota badan, kaki termasuk kepala.
Kereta yang melanggar mangsa dikatakan sedang menuju ke arah pusat bandar dan apabila tiba di sebuah selekoh, pemandu kereta terbabit dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh mangsa.
Pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, kini ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan.
1 komen:
Salam.
Al-Fatihah. Saya sangat kenal dengan Allahyarham dan selalu berbincang dengannya persoalan agama dan kemasyarakatan selepas kuliah saya di Masjid Babus Salam satu ketika dahulu. Dia seorang yang istiqamah sebelum kuliah saya terhenti tahun lepas.
Antara kegigihannya sentiasa mengambil berat soal suadara baru yang banyak diabaikan oleh pihak tertentu.
Semoga Allah SWT mencucuri rohnya dan meletakkannya bersama-sama orang yang beriman dan orang-orang yang soleh.
"setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati".
Ustaz Mohd Isa.
Post a Comment