Awal pagi..perhimpunan
Kaunselor (bekas pelajar,seorang motivator di radio tempatan) dalam program motivasi mingguannya menasihatkan pelajar tentang peri pentingnya ilmu.. Kecemerlangan itu haruslah dibina dengan kekuatan disiplin yang tinggi..
Penolong Kanan KK,Pk HEM dan Pengetua juga menekan betapa pentingnya disiplin dalam menentukan kejayaan pelajar dan sekolah..
Selepas rehat..
Seorang guru A berjalan menuju bilik guru dengan raut wajah yng muram dan kecewa.. lalu guru B menceritakan sebab musababnya...Teman pun terus ke kelas berkenaan lalu memberi teguran dan nasihat..tak tahulah sama ada pelajar-pelajar itu terima atau tidak..Alhamdulillah pelajar memberi kerjasama dan guru itu meneruskan tugasnya...
Masa mengajar teman pun tiba..dalam perjalanan ke kelas, terpandanglah seorang pelajar yang sedang asyik menconteng meja.. walhal ketika itu gurunya sedang mengajar lalu teman tegurlah akan perbuatannya.. Sebaik masa mengajar teman tamat, teman pun berjalan menuju ke bilik guru dan terpandang pelajar tadi masih berbual-bual dengan rakannya..Teman berhenti di hadapan pelajar itu lalu menegurnya..dan dibalas dengan biadap oleh pelajar tersebut akan teguran teman.. kalau 20 tahun dahulu nahas pelajar itu teman kerjakan (perasan garanglahtu)..
Sebelah petang..
Teman ke kedai gunting.. rimas rambut dah mula terasa panjang..sementara menunggu giliran teman menjenguk-jenguk ke kedai berdekatan..Sampai di sebuah kedai, teman disapa oleh seorang pemuda dan dia menghulurkan tangan lalu kami bersalaman sambil pemuda tadi mencium tangan teman tanda hormat.. melihat teman kehairanan pemuda itu memperkenalkan diri..katanya dahulu dia adalah murid teman dan kini seorang guru..
Sebagai guru teman merasakan..
Kekadang kita hampa apabila melihat ada pelajar kita yang kasar dan aggresif..dan penawarnya apabila ramai di kalangan pelajar kita yang berjaya..
Inilah rencah dan asam garam dunia seorang pendidik..
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment