Isnin 8 Feb..Teman terima memo mohon bantu buat kutipan bagi mangsa kebakaran di Kg Hilir, Sibu. Teman tidak kisah kerana membantu sesama makhluk itukan satu tuntutan..
Apa yang teman musykilkan ialah cara membantu..kenapa berpilih..
Mangsa kebakaran yang dibantu cuma En Abg Kassim walhal tragedi kebakaran itu melibatkan 3 buah rumah yang dihuni beberapa keluarga..
Surat dari Pejabat Residen Bahagian Sibu..
Sila lihat agihan,
(Semua pejabat kerajaan dan agensi yang berkenaan)
Tuan/Puan,
MEMOHON KUTIPAN DERMA UNTUK MANGSA KEBAKARAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Di sini, pihak kami ingin memohon jasa baik tuan/puan membuat kutipan derma daripada kakitangan tuan/puan untuk mangsa kebakaran di Kampung Hilir pada 19 Januari 2010 yang lepas, Encik Abg Kassim Abg Jess dari Unit Khas, Polis Diraja Malaysia, Sibu.
3. Kutipan derma ikhlas dari tuan/puan hendaklah disampaikan kepada Pejabat Residen Sibu sebelum atau pada 12 Februari 2010.
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
"BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"
"AN HONOUR TO SERVE"
(SIM KOK KEE)
Residen Bahagian Sibu
Alangkah cantik jika pihak berkenaan menghulurkan bantuan secara saksama sesuai dengan semangat Satu Malaysia..
Program 5S bersama JAIS
9 years ago
0 komen:
Post a Comment