Rabu 7 April 2009. Bertempat di Surau An Nadwah telah diadakan gotong royong bagi kerja-kerja penambakan pasir di tapak pembinaan pada bahagian tambahan surau.
Gotong-royong itu bermula jam 2.30ptg dan berakhir kira-kira 5.00ptg. Apa yang menarik perhatian teman, semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh warga Rosli Dhoby sungguh luar biasa. Ini kerana gotong-royong itu turut dibantu oleh pelajar-pelajar bukan Islam.
Gambar-gambar sekitar gotong-royong
Setahu teman, keakraban persahabatan antara agama di Sarawak cukup intim. Semoga hubungan baik ini akan mengindahkan lagi hubungan silatulrahim antara kita rakyat Malaysia..Tahniah Rosli Dhoby.
Program 5S bersama JAIS
10 years ago
0 komen:
Post a Comment